hopefully tak terlambat nak wish u'ols sume selamat berpuasa ye.. err ke ada yg dah 'raya'? ;p
this year 1st time kami berpuasa ber-3.
special, tapi mungkin agak mencabar sket sbb breastfeeding (1st experience kan, tatau what to expect)
alhamdulillah setakat ni masih berjaya puasa, full 6 hari eventho bila dah hujung2 ptg tu rasa agak dehydrated ;p on supply, alhamdullillah tak berkurang. rezeki athirah nak menyusu maknya masih ada. (walaupon sehari sebelum puasa stok frozen ebm saya hanya tinggal 1 botol!) down sekejab tau
speaking of which, nak cerita ni.. aritu saya ada breastfeeding issues hukhuk. 1 week before puasa, saya rasa mcm supply saya berkurang. B mcm kurang bengkak/full. pumping time lunch hour no problem, tapi dari ptg ke pagi esoknya tu mcm dapat pump sikit je. balik dr bbsitter athirah mmg direct bf, so bila nak pump tu dpt sikit aje. max boleh dpt 2oz je.
3 hari berturut2 time lunch pegi hantar ebm kat rumah bbsitter sbb takut athirah tak cukup susu :( agak saiko jugak lah. hubby pon kesian agaknye tgk saye sedih je susu tak byk. tapi ape je la dia boleh tolong kan.. bile dah camtu mule la pk negatif aje. mule la terpikir, "kena top up dgn FM kottttttttt...?" jeng jeng jengggg..
so one day tu masa jln2 kat carrefour saya ajak dia gi usha2 FM huhu.. serious tatau sgt pasal FM ni. tercangak2 dok tgk
so last2 tak jadi aa beli sbb mmg rasa tak ready lagi nak beli FM. hubby suggest kalo nak bagi jugak, try bagi FM free yang dapat masa slalu2 gi monthly check up tu. (oh ni bukan statement cheapskate tapi statement dari parents yg was2 ape nak buat) balik tu try la bagi sikit, setitik je rasa terus athirah reject! xnak langsung! try mcm2 tactics pon dia tanak jugak. bila switch dia mcm tau je mana ebm mana FM. ingat senang ke nak tipu baby? huhu..
so conclusionnya saya rasa athirah mmg tanak minum FM (for the time being la). tapi kot2 nnt mmg bila susu dah kurang sgt, or saya kena pegi outstation (mmg slalu kena gi outstation tapi sblm ni asik dok reject je, bagi alasan fully bf. kalau yg boleh bwk baby & hubby je baru saye pegi. tapi kalo lepas ni boss tanak terima excuse dah camne??)
so nak tanya aa readers yang maybe penah experience benda camni what did u do? or mommy2 yg fully bf, then stop or campur2kan dgn FM? any idea?
oh sorry terpanjang pulak pasal bf.
pasal bukak puasa & sahur lak, 1st day puasa berbuka kat rumah mak. mak masak rendang daging tok tok! pehhh terbaik ah. dah rasa mcm raye pulak. padahal baru 1hri puase ;p
kat rumah, so far mmg masak je. mmg tak penah pegi param lagi sbb susah kan nak bawak baby jln2 nowadays. risau h1n1. tapi bagus jugak, masak sendiri lg selamat & jimat ;) gigih tau masak wpon sampai rumah dah kul 630. athirah kejap2 terjenguk kat pintu dapur, haihh! kdg2 sahur dia pon join skali. haa dia skang dah merangkak laju je. skang tgh try skill panjat2. mmg penat sket aa nak monitor dia. mebbe nak beli walker tak lama lagi.
semayang terawih pulak, sadly baru sempat sekali :( everytime hubby or sume org smyg terawih, saya kena tinggal dgn athirah. 3rd day puasa tu hubby ajak smyg terawih kat rumah je. tapi sementare nak tunggu isya' tu kitorng sume dah terbongkang sbb penat sgt kot 1st day keje. sedar2 dah dekat waktu sahur huhu. gone! then kemarin ajak hubby smyg teraweh kat rumah sbb athirah tido. elok2 aje nak start dia terjage la pulak... letak dlm playpen tak sampai hati sbb dia bising2 nak kuar bila dah boring. tapi bila letak kat luar, habis ke hulu ke hilir dilintasnye. panjat sana sini. tarik telekung mommy, tarik kain daddy. haihhh tak khusyuk semayang jadi nye.. hmm camne ek mommy2 lain teraweh? nak semayang teraweh bila athirah dah tido mmg tak dapat la, sbb mommy nye pon dah tertido skali, penattt! :(
hmmm ok la, ntah hape la tulih ni. otak dah ingat nak balik je. maklumla ari jumaat. isnin cuti lak tu. best betul. hihiks.
aaa jgn lupa ye bg oppinion/kisah benar/kisah org lain pasal nak tuka from susu ibu ke FM. (bukan berniat nak tukar, just nak share knowledge or experience if worse come to worst!)
ok peeps, selamat hari merdeka!









